Peristiwa perang salib sedikit sebanyak telah menyemarakkan lagi pengaruh falsafah Islam ke nagara Barat. Perang Salib ini telah berlaku pada sekitar kurun ke-11 hingga kurun ke-13 Masihi. Perkara ini pada dasarnya berlaku adalah berkenaan dengan isu keagamaan dan politik. Alexius bimbang akan kemaraan tentera Islam ke dalam wilayah Empayar Bizantine. Tetapi malangnya, tentera Alexius telah kalah dengan tertakhluknya tentera Islam terhadap semua wilayah kecuali kawasan persisirn Asia Minor, iaitu dikenali sebagai Turki baru. Walaupun begitu, Alexius tetap tidak berputus asa malah telah meminta pertolongan daripada rakan Kristian yang lain. Jawapan yang diterima amatlah menggalakkan oleh Paus yang sekaligus dapat mengambil kesempatan ingin mengusai Baitulmuqaddis semula. Baitulmuqaddis yang pada asalnya di bawah pentadbiran Islam berabad lamanya, telah banyak membantu dalam pelbagai bidang termasuklah dalam bidang pendidikan termasuklah dalam bidang falsafah. Perkara ini telah menyebabkan Paus ingin merampas semula Baitulmuqaddis.
Orang-orang Kristian dari seluruh dunia pada sebelum peristiwa perang salib bebas datang untuk mengerjakan haji di kota suci itu dan mengerjakan upacara keagamaannya. Orang-orang Kristian dari Eropah datang mengerjakan haji dalam jumlah rombongan yang besar dengan membawa obor dan pedang seperti tentera. Sebahagian dari mereka memprmainkan pedang dengan dikelilingan pasukan gendang dan seruling serta pasukan bersenjata lengkap. Sebelum Jerussalam ditakbir oleh Kerajaan Seljuk pada tahun 1070, upacara seperti ini dibiarkan sahaja oleh umat Islam pada masa itu kerana dasar toleransi agama. Akan tetapi apabila Kerajaan Seljuk memerintah, upacara seperti ini tidak dibenarkan dengan alasan keselamatan. Mungkin kerana upacara tersebut semakin berbahaya. Lebih-lebih lagi kumpulan-kumpulan yang mengambil bahagian dalam upacara ini sering menyebabkan pergaduhan dan huru-hara. Peristiwa ini adalah rentetan dari perisriwa pada tahun 1064, ketua Uskup memimpin pasukan seramai 7000 orang jemaah haji yang terdiri dari kumpulan Baron-Baron dan para pahlawan telah menyerang orang-orang Arab dan orang-orang Turki.
Rentetan daripada perkara inilah yang membimbangkan Karajaan Seljuk. Perkaran ini juga adalah demi keselamatan Jeamaah haji Kristian itu sendiri. Akan tetapi, malangnya bahawa larangan ini telah disalahfahamkan oleh orang-orang Eropah. Rahib-rahib mereka telah mengemukan penyataan bahawa kebebasan agamanya telah dicabuli oleh orang-orang Islam dan menyeru agar tanah suci itu dibebaskan dari kekuasaan agama Islam. Banyak penyataan yang berunsurkan keretakan dan perpecahan telah disebarkan oleh sebahagian para Paderi Kristian. Hasutan ini disambut dengan galakan yang cukup luar biasa sehingga merancang ingin menyerang kota tersebut. Beribu-ribu para umat Kristian menyertai peperangan ini dengan memikul senjata. Mereka yang menyertai peperangan ini diperintahkan agar meletakkan tanda salib di tubuh badan masing-masing. Disebabkan perkara inilah maka peperangan ini dikenali sebagai Perang salib.
Peperangan ini telah menjanjikan berbagai habuan terhadap para tentera yang menyertai pasukan ini. Perkara inilah yang menyebabkan ramai penganut agama Kristian ingin menyertai pasukan ini. Antara perkara yang telah dijanjikan oleh para paderi ialah kebebasan, kemewahan dan paling menarik perhatian penganut Kristian ialah penghapusan dosa jika membunuh orang-orang Islam. Sepanjang perjalanan, mereka diizinkan merompak, memperkosa, berzina dan mabuk-mabuk. Setiap penduduk negeri yang dilalauinya, selalu mengalu-alukan dan memberikan bantuan yang cukup kepada mereka. Akan tetapi apabila sampai di Hongaria, sambutan terhadap kedatangan mereka adalah amat dingin oleh penduduk d negara itu. Maka terjadilah perbalahan yang menyebabkan terjadinya pembunuhan yang amat kejam oleh tentera Kristian pada ketika itu.Pasukan tentera Kristian pada selepas itu telah tinggal hanya 7000 orang sahaja daripada 300,000 orang pasukan oleh kerana terkorban dalam peristiwa itu. Apabila pasukan tentera Salib itu telah mendarat di pantai Asia kecil, pasukan tentera Muslimin yang dipimpin oleh Sultan Kalij Arselan telah menyambutnya dengan hayungan pedang. Maka terjadilah pertempuran sengit antara kaum Salib dengan pasukan Islam yang berakhir dengan hancur binasanya seluruh pasukan Salib itu. Tetapi, peristiwa itu tidak berakhir di situ sahaja.
Pihak Vatican telah mengirim surat untuk meminta pertolongan daripada raja-raja Eropah untuk menyerang umat Islam di Jerussalam. Mereka telah menjanjikan syurga serta penghapusan dosa terhadap para tentera yang menyertai pasukan menentang orang Islam di Jerussalam. Pihak Vatican juga menyatakan bahawa membunuh umat Islam adalah halal dan mereka yang berjaya membunuh umat Islam akan dijanjikan masuk syurga. Mereka berkumpul di Konstantinopel dengan kekuatan 150,000 askar yang kemudiannya menyeberang selat Bosfur dan melanggar wilayah Islam bagaikan air bah. Pasukan tentera Muslimin yang berkekuatan 50,000 orang berjuang bermatian-matian di bawah pimpinan Sultan Kalij Arselan.
Rentetan dari peristiwa ini, maka pada tahun 1097 tentera salib berjaya menakluki satu demi satu wilayah penaklukan Islam. Sedangkan umat Islam pada ketika itu megundur setempat demi setempat sambil membina strategi lain bagi memperukuhkan kembali ketahanan tentera mereka. Sokongan daripada negara Islam tidak dapat diambil kira dalam hal ini kerana mereka sendiri sedang mengalami kemelut dalam negara sendiri. Jadi, ketahanan tentera Islam pada ketika itu bertambah lemah dan akhirnya terjadilah sejarah yang sukar dilupai oleh umat Islam.
Pada tanggal 15 Julai 1099, Baitulmuqaddis telah jatuh ke tangan pasukan tentera salib. Dari sinilah bermulanya peristiwa keganasan orang-orang Kristian terhadap orang-orang Islam. Keganasan besar-besaran telah terjadi seperti kaum kafir Kristian telah menyembelih penduduk awam Islam tidak kira kaum lelaki atau wanita dan kanak-kanak dengan sangat dasyat. Mereka juga telah memberikan hukuman yang berat terhadap sesiapa yang enggan bergabung dengan kaum salib.
Rentetan dari peristiwa ini juga telah menyebabkan falsafah Islam yang selama ini dibawa oleh para ahli falsafah Islam ke negara Islam sebelum ini juga telah diguna pakai sambil mengubah sedikit demi sedikit fahaman yang terdapat di dalam karya falsafah Islam. Di sini, terbuktilah bahawa negara Barat telah banyak meminjam karya-karya falsafah Islam disamping mengubah manuskrip falsafah Islam sedikit demi kepentingan agama mereka.