SURI IKHLAS
Nangka seulas sama bidara
Enak rasa si buah manggis
Orang yang ikhlas azam membara
Kalah tak kecewa, gagal tak menangis..
"tidak ada insan yang suka dipaksa. tidak ada insan yang suka didera. tidak ada insan yang suka dicerca. tidak ada insan yang suka dipersenda.."
Begitulah sikit gambaran yang dapat saya coretkan sebagai permukaan bicara kita kali ini. saya yakin dan percaya, tiap dari kita memiliki kebolehan tertentu yang dianugerahkan kepada kita. kebolehan itu dikenali dengan bakat. bakat boleh jadi sedia terlihat dari kreativiti seseorang dan ada pula yang ditemui selepas digilap.
Contohnya bakat melukis dan menyanyi. sekalipun kurang berbakat, kita masih ada minat yang membolehkan kita mengikuti sesuatu aktiviti. lihatlah pula berapa ramai yang duduk bersama-sama di tepi tasik untuk memancing. sesetengh oang merasakannya bosan. tetapi tidak bagi penggemarnya. mereka ikhlas dan sabar menunggu.
Itu semua persoalan minat. saya pasti, apa yang kita lakukan itu bukan kerana paksaan. jika dipaksa, alamatnya kita akan bermuram durja dan bersedihan sepanjang melakukan aktiviti tersebut.
untuk apa kita marah2 dan memaksa diri pada usia yang masih muda ini??wajah yang 'suci' itu usah dicemarkan dengan perkara2 yang negatif...
kita ada hak untuk merealisasikan minat dan bakat kita. jgn malu2. jika ada ujibakat atau pertandingan di sekolah atau di mana2, rajin2 lah daftarkan diri. apabila kita seronok dengan sesuatu aktiviti yang bermanfaat kepada kita, kita akan lakukan dengan penuh minat dan daya usaha. soal menang atau kalah, bukan lagi matlamat. yang penting, kita dapat ilmu dan dapat bersahabat dengan rakan lain yang mempunyai minat yang sama dengan kita.
Itulah yang kita cari pada usia remaja. hidup tidak kosong. kita ada sesuatu untuk kita luangkan waktu. jika anda gemarkan bersukan,ayuh....laksanakan dengan penuh minat. bila minat diletakkan sebagai asas, maka keriangan jelas terpancar dan hati kita tidak tertekan..biarpun ia meletihkan, namun tidak mendatangkan masalah kepada kita....
ITULAH KUASA KEIKHLASAN!!!
PILIHLAH AKU YA ALLAH
12 years ago













0 comments:
Post a Comment